Tuesday, February 15, 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW

 

moz-screenshot

ASSALAMUALAIKUM WBT

Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.


Mari kita sama-sama memperbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW. Rasulullah ada bersabda yang masudnya "sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, akan aku balas selawatnya 10kali, sesiapa yang berselawat 10kali, aku akan membalas dengan seratus kali, sesiapa yang berselawat kepadaku 100 kali, aku akan membalas dengan 1000 kali, sesiapa yang berselawat ke atasku 1000 kali, beliau akan mengiringiku ke syurga"

Semoga kita senantiasa menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan yang terbaik dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikon kita.

Jom lihat video ni..

Wednesday, February 2, 2011

Maher Zain–InsyaAllah versi Melayu

 

Salam semua

Jom layan lagu Maher Zain InsyaAllah versi melayu.  Thumbs up

 

Lirik InsyaAllah versi Melayu

 

Andainya kau rasa tak berupaya                                          

Hidup sendirian, tiada pembela

Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

(Korus)
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

(Ulang korus)
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar...

(Ulang korus)

Melodi: Maher Zain
Lirik: Maher Zain & Bara Kherigi
Susunan Muzik: Maher Zain & Hamza Namira
Lirik Melayu: Frizdan