Tuesday, February 15, 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW

 

moz-screenshot

ASSALAMUALAIKUM WBT

Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.


Mari kita sama-sama memperbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW. Rasulullah ada bersabda yang masudnya "sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, akan aku balas selawatnya 10kali, sesiapa yang berselawat 10kali, aku akan membalas dengan seratus kali, sesiapa yang berselawat kepadaku 100 kali, aku akan membalas dengan 1000 kali, sesiapa yang berselawat ke atasku 1000 kali, beliau akan mengiringiku ke syurga"

Semoga kita senantiasa menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan yang terbaik dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikon kita.

Jom lihat video ni..

Wednesday, February 2, 2011

Maher Zain–InsyaAllah versi Melayu

 

Salam semua

Jom layan lagu Maher Zain InsyaAllah versi melayu.  Thumbs up

 

Lirik InsyaAllah versi Melayu

 

Andainya kau rasa tak berupaya                                          

Hidup sendirian, tiada pembela

Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

(Korus)
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

(Ulang korus)
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar...

(Ulang korus)

Melodi: Maher Zain
Lirik: Maher Zain & Bara Kherigi
Susunan Muzik: Maher Zain & Hamza Namira
Lirik Melayu: Frizdan

Monday, January 17, 2011

Nasi ARAB di Bukit Beruang, Melaka

 

Jom pekena nasi beriani Arab. sekarang dah ramai orang kita yang minat dan datang makan di restoran arab. Salah satunya di Tmn Bukit Beruang Utama, kat depan MMU, Melaka.

Saya pun dah 3 kali makan kat area sana. Minggu lepas, saya, hanuar & family, paktam, abg gahafar, dan 2 pelajar MMU makan di sana. Mula-mula pelajar MMU takde, tapi hanuar jemput datang, mereka pon datang la.

14012011(003)

14012011(004)

Yang kami order ada beriani kambing , 2 jenis – 1 pinggan besar boleh dimakan seramai 3-4 orang , beriani lembu (lin yang order) air jus mangga 1 jug, tosey, dan lain2 dishes.

harga semua RM146.-00.

SEMUA MAKANAN MEMANG SEDAP SLURPPPP…NYUMM NYUMM.Thumbs up

sebelum makan tu, dah nak masuk maghrib, walaupun kami dlm musafir (boleh jamak) tapi kami g solat maghrib dan jamak isya’ dulu kat surau berhampiran kedai tu.

Kat surau tu, ramai student arab n afrika yang solat.. Orang tempatan dah tenggelam. Surau tu dipenuhi dengan pelajar arab.

14012011(001) 

“NI BUKAN EKSPLOITASI PUNGGUNG YE” huhuhu

14012011(002)

14012011

 

gambar –gambar di atas tu gambar jemaah maghrib yang kedua. saya solat dengan imam yang pertama,Masa  jemaah yang pertama pon, surau dah penuh.

YANG KELAKAR, ada 2 orang budak afrika, solat belakang imam, pakai seluar half. rilek je, mcm tak bersalah. hehehe. masa berdiri mmg la aurat tak terdedah, masa duduk  dan sujud, nampak lutut tu.  Smile with tongue out

Terfikir jugak, budak afrika yang pakai seluar kontot pon ada iman nak solat jemaah..Sebahagian orang kita ni (nasihat untuk diri sendiri) ntah bila la nak rajin dan sentiasa solat berjemaah kat masjid / surau. dapat solat penuh 5 waktu pon tak tau mcm mana.

GUNUNG LAMBAK

12012011(001)

 

Assalamualaikum wbt

Tau gunung lambak kat mana? Gunung Lambak kat bandar Kluang.

lambak2

Tingginya 510M dari aras laut. kat bawah gunung, ada tempat rekreasi seperti swimming pool dan permainan-permainan untuk keluarga. Ada juga resort untuk tujuan penginapan dan kursus.

Minggu lepas hari rabu 12/1/2011, saya dan kawan-kawan, shah, abg gahafar, firdaus, dan en Jalal dan isteri beliau datang ke gunung lambak, membawa 336 orang pelajar dari Singapura untuk mendaki gunung lambak ni.

Mula-mula macam senang je..last2 4 orang (saya, shah, gahafar, firdaus) pancit beb. hahaha Open-mouthed smile

Rasa-rasa saya ni pancit sebab tak strecthing dulu. terus panjat je.

gunung lambak

tengok la, tak curam ke?

erm, yang best tu, saya tengok pakcik2 bangsa cina rilek je naik turun gunung. umur dah 50an tu!!!

YANG SAYA PERHATIKAN, semua yang beriadah petang tu berbangsa cina sahaja. takde bangsa melayu.. bangsa india ada la sorang dua.

pelik? tak pelik sebab sekarang orang kita muda2 dah kena sakit macam-macam. sebab tak bersenam la.

saya tanya “wah uncle manyak kuat naik…bagus la uncle.”

dia jawab “ free exercise maa. tak payah bayar punyaa”

(Insaf sekejap)  Cat face..heehee..jangan kata orang lain, saya pon jarang exercise sampai perut dah nak buncit dah. huhuhu

Mari bersukan..bersenam menyihatkan badan..JOMMMM

Friday, January 7, 2011

BEBAS PALESTIN

Salam kawan-kawan

Mari dengar lagu ni, saya suka lagu ni, bila dengar lagu ni, rasa semangat perjuangan untuk membebaskan palestin meningkat tinggi!!

tahniah pada Kumpula Rabbani, Inteam, Saujana, dan Nowseeheart kerana berjaya membawa para pendengar untuk menjiwai maksud dan tujuan lagu ini

 

BEBAS PALESTIN. INSYAALLAH JANJI ALLAH SANGAT BENAR

Jom sama-sama kita berjuang.Tak dapat berjuang dan berperang, kita naikkan ekonomi umat islam,

BELI BARANGAN BUATAN ORANG ISLAM SELAGI ADA ORANG ISLAM YANG MENCIPTA DAN MENJUAL BARANGAN TERSEBUT

Sunday, January 2, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011.

Salam perjuangan,

happy-new-year-2011

Selamat tinggal tahun 2010, selamat datang tahun 2011.

Banyak kenangan manis dan juga pahit dalam tahun 2010 ni.

paling manis adalah aku bertukar 2 status dalam 1 tahun, iaitu

bujang > berkahwin > bapa kepada seorang puteri. Left hugRight hug

ALHAMDULILLAH, AKU SUDAH BERGELAR BAPA PADA 16/11/2010.

Thursday, December 30, 2010

GETS–4 (SENYUM)

Salam semua, Smile

Dah beberapa hari juga tak kemaskini blog ni. Maaf la ye. Ni baru nak sambung kembali pasal GETS  seterusnya iaitu:

S – SMILE

Smile Open-mouthed smile Sad smile

klik pada read more untuk cerita lanjut..