Thursday, December 30, 2010

GETS–4 (SENYUM)

Salam semua, Smile

Dah beberapa hari juga tak kemaskini blog ni. Maaf la ye. Ni baru nak sambung kembali pasal GETS  seterusnya iaitu:

S – SMILE

Smile Open-mouthed smile Sad smile

klik pada read more untuk cerita lanjut..

TAHNIAH!! Buat pasukan bolasepak Malaysia dalam AFF Suzuki 2010

Soccer ballSalam Kejayaan!! Soccer ball

Sekalung tahniah diucapkan pada pasukan bola sepak Malaysia kerana kejayaan menjulang Piala AFF Suzuki buat pertama kali dalam sejarah walaupun didera mental dan diancam keselamatan mereka ketika di Indonesia.

Kejayaan dengan agregat 4-2 pun pada saya sudah mencukupi untuk kemenangan malaysia.

Jika Malaysia menang kat Indonesia, tak taulah apa reaksi Penyokong Indonesia nanti..takpelah janji ikut agregat, malaysia menang.

Apapun, detik kemenangan Malaysia dapat dirasakan semasa penjaga gol Malaysia, Khairul fahmi, menyelamatkan penalti untuk Indonesia. Fahmi telah bermain dengan sangat cemerlang pada malam tadi. Tahniah Fahmi!!

Semoga sukan Bola Sepak Malaysia semakin maju. Kita semua memerlukan kerajaan dan juga pihak swasta untuk membantu sukan bola sepak tanah air kita. Bak kata pengulas Datuk Hj Hasbullah awang

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

 

wasalamSmile

Friday, December 24, 2010

1 broadband, kongsi banyak laptop dalam masa serentak, bagaimana caranya?

 

Salam kawan2,

Semoga semua ceria-ceria belaka. Winking smile

Biasa kita dengar orang cakap macam ni

Nak guna streamyx ke nak guna broadband. Streamyx kita boleh buat wifi, pastu boleh kongsi ramai pengguna, tapi tak boleh mobile. Kalau broadbang (broadband) pulak, boleh bawak kemana-mana, tapi tak boleh kongsi ramai- ramai guna kat rumah.

Rasa-rasa ramai tak yang pikir benda yang sama? sebenarnya saya pon fikir yang sama, sebab tak tau.

Rupa-rupanya, kita boleh kongsi jugak walaupun guna broadband.hehe..Sun

Ok kalau nak tau, jom kita mulakan.Saya kongsikan bagaimana laptop kita akan jadi wifi pulak supaya org lain boleh guna internet yg kita sedang pasang kat laptop kita.

1. First sekali, kita kena guna windows 7 Ultimate. Kalau windows 7 Home User, takboleh / takde function ni. (Ni yg saya tau la..kalau korang tau, boleh ajar kat saya nanti.)

windows7_login_screen_for_vista1

Nampak tak tulisan Windows 7 Ultimate kat bawah tu?

2. Lepas sign in broadband, celcom ke, maxis ke, digi ke, ape2 je ke, boleh tengok kat icon kat bawah sekali sebelah kanan.

brdbnd01

Lepas klik pada anak panah tu, klik pula pada “Open network and Sharing Center”

3. Lepastu, anda akan lihat paparan begini

brdbnd02

Klik pada Set up a new connection or network

4. Pastu paparan sebegini akan keluar

brdbnd03

Sila klik pada Set up a wireless ad hoc ……(mcm dlm kotak yg saya highlight tu). Tekan Next.

5. Lepas tu, paparan ni pulak yang keluar

brdbnd04

Isi network name , Security type ( Open, WEP atau WPA2-Personal), dan security key. Kalau pilih Open, tak perlu letak security key.

Klik pada next.

6. Lepastu, anda akan nampak paparan ini

brdbnd05

NI bermakna, wifi kita dah boleh diguna. Kalau nak guna untuk internet, kena pastikan klik pada kotak yang saya tandakan merah tu. Kalau tak klik, nanti kawan takboleh guna internet walaupun dia dah connect dgn wifi kita.

boleh tekan close lepas tu.

7. Wifi kita pon dah siap. kalau nak tengok wifi kita tu betul ade ke takde. boleh tekan kat icon internet connection macam kat bawah ni

brdbnd07 

Lihat!! Dah ade wifi yang saya baru buat tu. nama network tu “saya punye wifi”

ok sekian, semoga bermanfaat untuk semua. Hot smile Hot smileThumbs up

wasalam.

Thursday, December 23, 2010

GETS - 3

Salam kawan2.

Apa khabar hari ni? tengahari ni perot da lapar, tapi makanan lom ade, so kita menyembang dulu la.

Baik kita sambung cerita tentang GETS semalam tuh.

G dah tau, E dah tau, T tu ape pulak?

ok, T tu bermaksud Thank you @ terima kasih.


Perlu banyak berterima kasih pada semua orang yang telah bekerjasama dan memberikan perkhidmatan kepada kita.

1. Nak ucap terima kasih pada kawan2 yang datang kerja hari ni? kenapa ek? Kalau dia tak datang, maknanya kita kena buat kerja mereka. kan lagi banyak kerja kena buat tu.? betul tak? Jadi kena ucap terima kasih sebab datang kerja hari ni.

2. Ucap terima kasih walaupun perkhidmatan tersebut berbayar. Orang tua-tua selalu cakap "orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa". Ringankan mulut untuk ucapkan terima kasih.

3. Bila mengucapkan terima kasih, orang lain akan rasa pekerjaan yang mereka lakukan itu dihargai oleh kita. Jadi mereka suka untuk menolong / membuat kerja tersebut lagi.

ok babaii..semoga mendapat manfaat. wasalam





Wednesday, December 22, 2010

GETS - 2

Salam,

mari kita sambung cerita GETS yg awal dulu.

G kita dah tau, sekarang kita belajar E pulak

E-excuse

Excuse dalam istilah motivasi dan psikologi bermaksud meminta maaf

Minta maaflah kepada sesiapa jua manusia yang kita kenal samada kita tau kita pernah melakukan kesilapan padanya atau macam tak pernah buat salah padanya. siapa tau yg kita pernah buat salah tanpa kita sedari??

"maafkan saya" adalah "magic word" kerana perkataan itu boleh melembutkan hati yang sedang marah.

So, jangan berlengah lagi, mari kita ucapkan maafkan saya kepada semua orang.

kita sambung lagi nanti...wasalam




GETS

Salam semua,
erm, hari ni takde keje, kita belajar menaip dulu.

Apa kata kita belajar teknik dalam komunikasi cemerlang supaya kita dan kawan2 kita sentiasa "hepi" je.

Tok guru saya kata, dalam perhubungan perlu ada GETS . Apa tu GETS? GETS itu maknanya dapat. so, ape yang kita perlu dapat dari kawan2?

Iaitu ada hak kawan2 yg perlu kita beri kepada mereka dan ada hak kita yg perlu kita dapat dari kawan2. HAK APA? jom lihat di bawah ini.

G - Greeting
E - Excuse
T - Thanks
S - Smile

Greeting

Greeting atau ucapan yang baik2. Kita mesti memberi ucapan yang baik2 pada kawan2 kita dan juga memberi puji-pujian pada mereka. Pujian pula mestilah IKHLAS, jangan memuji dengan sinis. contohnya "wah cantiknya kasut ko, mcm ikan belukang".
Dan pujilah mereka dari pelbagai aspek seperti pakaian, penampilan, tingkah laku, dsb.

Yang penting, mereka boleh gembira dengan pujian tersebut. Kecualilah kalau kita DIBAYAR untuk mengkritik mereka kerana menjadi perunding imej. ye..yang tu mmg boleh mengkritik.tapi kita yg bukan professional ni, kenala menggembirakan dia.

Nampak member pakai baju pasar malam, kita puji juga dan katakan "cantik baju ni", "hensome la", "smart la hari ni", "cantik tudung ni, mesti mahal ni"

Lepas kita puji dan memberi ucapan yang baik2 utk kawan kita, kita boleh lihat mereka akan berasa gembira dan seronok bersama dengan kita. hehe..

PERASAAN GEMBIRA ADALAH HAK SEMUA ORANG

okey, kita sambung dengan cerita yang seterusnya lain kali.

wasalam.





Tuesday, December 21, 2010

Assalamualaikum

Assalamualaikum wbt.

Hai hai kawan2 kat sana..Saya doakan panjang umur dan murah rezeki.

hm..baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog ni, selama ni asyik tengok n baca blog orang lain je. Tapi tak tau pulak ape yang nak ditulis dalam blog ni. Macam takde idea plak. Tulah, dulu masa sekolah, bab2 penulisan ni lah yg paling leceh sekali. ntah aa..

ok lah..nanti saya taip lagi. Ni dah pening sebab tak tau nak taip ape..huhuhu.

bai bai..
wasalam