Thursday, December 30, 2010

TAHNIAH!! Buat pasukan bolasepak Malaysia dalam AFF Suzuki 2010

Soccer ballSalam Kejayaan!! Soccer ball

Sekalung tahniah diucapkan pada pasukan bola sepak Malaysia kerana kejayaan menjulang Piala AFF Suzuki buat pertama kali dalam sejarah walaupun didera mental dan diancam keselamatan mereka ketika di Indonesia.

Kejayaan dengan agregat 4-2 pun pada saya sudah mencukupi untuk kemenangan malaysia.

Jika Malaysia menang kat Indonesia, tak taulah apa reaksi Penyokong Indonesia nanti..takpelah janji ikut agregat, malaysia menang.

Apapun, detik kemenangan Malaysia dapat dirasakan semasa penjaga gol Malaysia, Khairul fahmi, menyelamatkan penalti untuk Indonesia. Fahmi telah bermain dengan sangat cemerlang pada malam tadi. Tahniah Fahmi!!

Semoga sukan Bola Sepak Malaysia semakin maju. Kita semua memerlukan kerajaan dan juga pihak swasta untuk membantu sukan bola sepak tanah air kita. Bak kata pengulas Datuk Hj Hasbullah awang

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

 

wasalamSmile

No comments:

Post a Comment