Wednesday, December 22, 2010

GETS

Salam semua,
erm, hari ni takde keje, kita belajar menaip dulu.

Apa kata kita belajar teknik dalam komunikasi cemerlang supaya kita dan kawan2 kita sentiasa "hepi" je.

Tok guru saya kata, dalam perhubungan perlu ada GETS . Apa tu GETS? GETS itu maknanya dapat. so, ape yang kita perlu dapat dari kawan2?

Iaitu ada hak kawan2 yg perlu kita beri kepada mereka dan ada hak kita yg perlu kita dapat dari kawan2. HAK APA? jom lihat di bawah ini.

G - Greeting
E - Excuse
T - Thanks
S - Smile

Greeting

Greeting atau ucapan yang baik2. Kita mesti memberi ucapan yang baik2 pada kawan2 kita dan juga memberi puji-pujian pada mereka. Pujian pula mestilah IKHLAS, jangan memuji dengan sinis. contohnya "wah cantiknya kasut ko, mcm ikan belukang".
Dan pujilah mereka dari pelbagai aspek seperti pakaian, penampilan, tingkah laku, dsb.

Yang penting, mereka boleh gembira dengan pujian tersebut. Kecualilah kalau kita DIBAYAR untuk mengkritik mereka kerana menjadi perunding imej. ye..yang tu mmg boleh mengkritik.tapi kita yg bukan professional ni, kenala menggembirakan dia.

Nampak member pakai baju pasar malam, kita puji juga dan katakan "cantik baju ni", "hensome la", "smart la hari ni", "cantik tudung ni, mesti mahal ni"

Lepas kita puji dan memberi ucapan yang baik2 utk kawan kita, kita boleh lihat mereka akan berasa gembira dan seronok bersama dengan kita. hehe..

PERASAAN GEMBIRA ADALAH HAK SEMUA ORANG

okey, kita sambung dengan cerita yang seterusnya lain kali.

wasalam.





No comments:

Post a Comment