Sunday, January 2, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011.

Salam perjuangan,

happy-new-year-2011

Selamat tinggal tahun 2010, selamat datang tahun 2011.

Banyak kenangan manis dan juga pahit dalam tahun 2010 ni.

paling manis adalah aku bertukar 2 status dalam 1 tahun, iaitu

bujang > berkahwin > bapa kepada seorang puteri. Left hugRight hug

ALHAMDULILLAH, AKU SUDAH BERGELAR BAPA PADA 16/11/2010.

 

Begitu banyak ujian dan dugaan dalam diri ini.. Bila bermuhasabah diri, memang banyak kesalahan yang aku telah lakukan tanpa aku sedari, tapi apakan daya, aku ini hanyalah insan biasa.

Yang pasti , aku perlukan kawan-kawan disekelilingku untuk menyokong perjuangan dan kehidupan ini.

Kawan, maaafkan lah aku wahai kawan,

jika aku tersilap, maafkanlah aku,

Jika aku terlupa, ingat-ingatkanlah aku,

Jika aku terleka, pesan-pesankanlah aku,

Jika aku lalai, kejut-kejutkanlah aku,

Kita ni satu perjuangan,

Jika ada terkasar bahasa, harap dimaafkan,

Jika ada termakan dan terminum, harap dihalalkan,

 

Tahun 2011, tanggungjawab semakin besar, kerja semakin berat, Ya Allah, kau kuatkanlah semangat hambaMu ini. Limpahkanlah rezekiMu kepada diriku agar aku dapat mencukupkan keperluan kehidupan ini dalam keadaan yang selesa.Amiin Ya Rabb. Angel

No comments:

Post a Comment